Saturday, November 7, 2026
HomeAsiaJalan Raja Ditutup Sepenuhnya Dari 21 Hingga 27 Julai Sempena Persiapan Citrawarna...

Jalan Raja Ditutup Sepenuhnya Dari 21 Hingga 27 Julai Sempena Persiapan Citrawarna 2026

Sebagai persiapan bagi Citrawarna 2026, Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup sepenuhnya bermula 12.00 tengah hari pada 21 Julai 2026 hingga 5.00 pagi pada 27 Julai 2026 bagi membolehkan kerja-kerja persiapan, operasi dan pembongkaran acara dijalankan.

Citrawarna 2026 Road Closure Advisory

Selain itu, penutupan penuh jalan turut dilaksanakan sempena raptai dan Citra Perarakan (Colours of Parade), iaitu perarakan kebudayaan berskala mega Citrawarna 2026, seperti berikut:

  • Raptai: 24 Julai 2026 (Jumaat), dari 9.00 malam hingga 2.00 pagi
  • Perarakan: 25 Julai 2026 (Sabtu), dari 6.00 petang hingga 11.00 malam
Citrawarna 2026 Road Closure Advisory

Pada kedua-dua waktu penutupan tersebut, laluan perarakan akan ditutup sepenuhnya dari Bulatan Dato’ Onn ke Jalan Parlimen sehingga ke Jalan Raja Laut, Jalan Esfahan, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak, serta dari susur masuk Jalan Kinabalu ke Jalan Sultan Hishamuddin.

Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda lalu lintas serta menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan jalan. Pengunjung juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka.

Bagi memudahkan perjalanan pengunjung ke Dataran Merdeka, Grab akan menawarkan baucar promosi e-hailing yang bernilai RM3 kepada 1,000 pengguna terawal setiap hari dari 24 hingga 26 Julai 2026. Sebanyak 3,000 baucar bernilai keseluruhan RM9,000 akan ditawarkan sepanjang tiga hari acara berlangsung. Maklumat lanjut, termasuk kod promosi, akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi platform media sosial rasmi dan laman sesawang berkaitan.

Citrawarna 2026 akan berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, menghimpunkan kepelbagaian seni, budaya, warisan dan gastronomi Malaysia sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penutupan jalan, sorotan festival, jadual program, promosi hotel, kod promosi Grab bagi e-hailing dan sebagainya, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial rasmi Citrawarna di @citrawarna.my & @malaysia.truly.asia atau melayari www.malaysia.travel.

Spread the love
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

1407899013 on INVESTOR ANALYSIS